Tuesday, June 14, 2011

Hari Dengan Pelajar SK Perling

seramai lima orang pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Perling datang untuk program homestay dikampung lonek dan rumah saya telah menerima seramai lima orang pelajar dari darjah 4,5 &6.. seperti biasa kursus pembuatan bunga daun getah menjadi salah satu acara pengisian dalam program homestay.... tidah disangka-sangka bahawa kanak-kanak lebih tahu menghargai kraf tangan bunga daun getah yang saya  usahakan, bayangkan seusia darjah 5&6 telah membelajakan wang saku mereka untuk membeli barangan kraf seperti key chain, bunga kuntum dan pelbai lagi, saya sungguh tergamang dan bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan Allah s.w.t kepada saya.. Alhamdulillah hi 'ala nikmatihi wa fi kullihi...