Tuesday, July 19, 2011

koleksi bunga kuntum




koleksi bunga kuntum sesuai untuk gubahan bunga meja, bunga diding dan juga bunga pahar...

























Tuesday, June 14, 2011

Hari Dengan Pelajar SK Perling

seramai lima orang pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Perling datang untuk program homestay dikampung lonek dan rumah saya telah menerima seramai lima orang pelajar dari darjah 4,5 &6.. seperti biasa kursus pembuatan bunga daun getah menjadi salah satu acara pengisian dalam program homestay.... tidah disangka-sangka bahawa kanak-kanak lebih tahu menghargai kraf tangan bunga daun getah yang saya  usahakan, bayangkan seusia darjah 5&6 telah membelajakan wang saku mereka untuk membeli barangan kraf seperti key chain, bunga kuntum dan pelbai lagi, saya sungguh tergamang dan bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan Allah s.w.t kepada saya.. Alhamdulillah hi 'ala nikmatihi wa fi kullihi...  

Wednesday, May 4, 2011

Bunga pahar

Terdapat dua jenis bunga pahar yang disediakan oleh Munah Kraf iaitu bunga pahar cincin dan bunga pahar biasa. Bunga pahar cincin mempunyai gelung dan boleh digantung untuk dijadikan hiasan setelah dijadikan bunga pahar. Antara design yang ada seperti dibawah.
pahar cincin_01

pahar cincin_03

pahar cincin_04


pahar cincin 05

pahar cincin_06

Sekiranya berminat, bolehla hubungi puan munah jamil melalui email munahkraf@yahoo.com atau di talian 019-2606670

Saturday, February 26, 2011

Buat apa waktu begini...3.26am


Waktu begini selalunya Puan Munah akan berjaga buat bunga dan siapkan tempahan sampai duduk pun tertidur. kesian pulak tengok.. Tapi bila dia berpuas hati dengan hasil usahanya na.. masa tu lah satu per satu kawasan rumah di penuhi bangunan dan juga isi nya semakin bertambah.. contohnya mesin sembur warna, rak pameran dan banyak lagi lah pendek kata.

mengantuk..tak caya tengok ni..


Dah tidur ker blum.. kesian nya..


Sekarang ni, musin Pameran dan jualan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011, seperti tahun yang lalu dia tak kan ketinggalan mengambil bahagian. nak kira berapa orang cucu yang bertambah sejak buat bunga..lebih kurang 11 orang.. WOW....ramai jugak tu... tapi tahun ni sebab kesihatan na berehat lah kat rumah....























....

Wajah yang selalu menemani Puan Munah....


Pastilah Suami tersayang...















...

Cawid..& Amira, Mama Amira jugak..




Aida@atam, hubby and Arina,, Ashraf jugak..


 Ha.. ni hero idaman malaya .Zahid @ ujang..


Hasnidar @ ateh sekeluarga ... 3 hero dan hubby nya..



 EH ni gambar masa bujang ka...patutlah ayu jer...ada beza ker


Apa pun semoga Puan Munah sentiasa sihat dan berkembang maju perniagaan nya.

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Hari Kraf Kebangsaan 2011
Tarikh :23 Feb 2011 - 07 Mac 2011
Lokasi :Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Maklumat Lanjut :
Hari Kraf Kebangsaan 2011 menghimpunkan produk kraf seluruh negeri yang berkualiti dan berinovasi dengan rekaan motif tradisional, moden dan kontemporari bagi penggayaan hidup masa kini.

Bersama kita memeriahkan nya..

Tuesday, February 1, 2011

Buat apa masa lapang...

Masa dulu asal balik kg jer mesti bergotong royong bersama dengan bonda tersayang Puan Munah buat gubahan bunga.. lagi dahsyat kalau masa tu dah nak dekat dateline untuk siapkan bunga pahar or ade pameran. bila time tu lah rasa cam kematu duduk ikat rebenlah, potong kain net lah... Alhamdulillah berbaloi...
Lain pulak citernyer bila mak pengi kursus... yang lebih anak2 lah... sampaikan pegawai RISDA pun dah kenal, mana tak nya bila mak Datang kursus kat KL anak2 pun sama lah beramai-ramai ambil kesempatan pg jumpa mak.... dah mcm berkampung lah pulak.. anyway wish the rubber leaf flower always be the most creative creation.

Saturday, January 29, 2011

Koleksi Bunga Daun Getah



Bunga Daun getah, memang lah cantik. ada pelbagai bentuk antaranya kuntum untuk gubahan pasu meja, dinding, bouqet, bunga paha. Antara koleksi yang boleh dilihat antaranya: